Wednesday, February 2, 2011

Latar Belakang Fazz Enterprise

FAZZ Enterprise  telah ditubuhkan oleh En. Haji Mahmudin bin Haji Abas di Selangor yang bertempat di Kanchong Darat, Banting pada 24 Februari 1983 sebagai kilang memproses makanan ringan. Syarikat ini merupakan syarikat Sendirian Berhad di mana perusahaan yang menggunakan nama perniagaan Kerepek House  ini adalah milik keluarga dan kini telah diambil alih oleh anak ke-2 beliau iaitu En. Mohd Fazzly b. Hj. Mahmudin. Beliau telah mengambil alih pengurusan Kerepek House   selama 10 tahun.

En. Mohd Fazzly b. Hj. Mahmudin
PENGUSAHA FAZZ ENTERPRISE

Kini, FAZZ Enterprise mempunyai kilang pemprosesan bahan mentah, tempat pembungkusan, kebun-kebun bahan mentah milik syarikat, ladang kelapa sawit dan tempat penjualan runcit di Daerah Kanchong Darat, Banting, Selangor dan pusat pengedaran di Pulau Pinang.

Misi & Visi Fazz Enterprise

MISI
Misi FAZZ Enterprise adalah untuk memaksimumkan keuntungan atas penjualan kerepek di samping memberi perkhidmatan dan bantuan kepada penguasaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta pengusaha tempatan.

VISI
Menjadikan FAZZ Enterprise sebuah perusahaan yang dikenali oleh semua lapisan masyarakat dan meluaskan pasaran ke seluruh peringkat domestik dan antarabangsa.


Objektif Fazz Enterprise

FAZZ Enterprise mempunyai beberapa objektif penubuhan syarikat iaitu :

1) Menjadi pengeluar dan pengeksport makanan yang utama ke pasaran antarabangsa menjelang tahun 2020 di peringkat global.

2) Pemodenan sektor pertanian dan peranan baru sebagai penjana ekonomi.

3) Meningkatkan pendapatan petani dan pengusaha secara berkala.

4) Memperkenalkan dan memasarkan produk tempatan ke peringkat antarabangsa.

Tuesday, February 1, 2011

Carta Organisasi Fazz Enterprise

 Carta Organisasi FAZZ Enterprise

Penerangan Produk / Perkhidmatan

PENERANGAN PRODUK

FAZZ Enterprise mengeluarkan produk yang berasaskan ubi kayu, pisang tanduk dan keledek sahaja. Setelah produk-produk telah mendapat sambutan dalam pasaran, barulah perniagaan ini diceburi dengan secara serius dengan memperbesarkan lagi kilang pemprosesan dan membuat penambahan pada jenis produk seperti sukun dan keladi.

Kerepek keluaran FAZZ Enterprise memenuhi citarasa setiap lapisan masyarakat. Hal ini kerana, kerepek yang dikeluarkan mempunyai pelbagai jenis perasa seperti pedas, BBQ, original, masin, blackpepper,kari dan sebagainya.

FAZZ Enterprise juga memasarkan produk  pengusaha tempatan serta pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang lain. Antara produk yang dipasarkan adalah seperti jeli kelapa, rempeyek  (kacang tanah,kacang dal,kacang hijau), dodol, kuih bangkit, bahulu dan sebagainya.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Perkhidmatan yang ditawarkan FAZZ Enterprise kepada pelanggan ialah seperti :

1) Pelanggan boleh membuat tempahan pelbagai jenis kerepek pada musim perayaan,
     perkahwinan dan majlis-majlis keraian, serta belian borong dan runcit.

2) FAZZ Enterprise juga menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada
     pelanggan yang ingin membuat sebarang tempahan melalui jarak jauh.

Antara Produk Keluaran Fazz Enterprise


Kerepek disukai ramai
Rasanya yang asli


KEREPEK UBI


KEROPOK KENTANG



KEREPEK PISANG

Senarai Produk dan Harga